KURSUS PERINTIS SISWA SESI MEI-JULAI 2012

Adalah dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jabatan dan Sekolah Pengajian akan melaksanakan Kursus Perintis Siswa (KPS) bagi Sesi Mei � Julai 2012 bermula 14hb Mei 2012.

Antara objektif KPS adalah untuk menyediakan peluang untuk para pelajar mengenali sesama mereka melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Selain daripada itu KPS juga dijangkakan dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik terbaik untuk belajar di IPT.
Pengisian KPS merangkumi Latihan Dalam Kumpulan yang akan melibatkan agensi kerajaan dan swasta. Selain daripada itu terdapat aktiviti seperti Sukan, Public Speaking serta Kuliah Subjek Umum dan Kuliah Subjek Khusus yang akan dikendalikan oleh Moderator yang terdiri daripada pensyarah Sekolah Pengajian. Sebahagian pelajar akan dilibatkan sebagai fasilitator bagi membantu kumpulan moderator seterusnya menimba pengalaman.

SOST : Matematik
SODS: Kenegaraan dan Kemahiran Berkomunikasi
SOIS: Asas Bahasa Arab & Pengetahuan Agama Islam (Fardhu Ain & Fardhu Kifayah)
SOAD: Seni Halus & Grafik
SOBM: Asas Perakaunan (Pengurusan Kewangan Diri) dan Keusahawanan

Tarikh KPS adalah seperti berikut:

KPS 1: 14 Mei 2012 � 25 Mei 2012 (2 minggu)
KPS 2: 21 Mei 2012 � 1 Jun 2012 (2 minggu)
KPS 3:18 Jun 2012 � 29 Jun 2012 (2 minggu)

Semoga kursus ini mampu mencapai objektif yang telah digariskan.

CEMERLANG & SEIMBANG

 

Posted in info umum by HEP. No Comments

LAMAN WEB RASMI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Selamat datang ke laman web Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IKIP International College. Kegiatan pelajar melalui program dan aktiviti pembangunan pelajar, persatuan & kelab, sukan dan rekreasi yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar.

Posted in info umum by admin. 1 Comment